Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi SakaratulMaut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umummengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsibersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengantartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orangyang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatankita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i.Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii.Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekatyang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu pencabutan nyawa beliau.

iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong(menuntun)beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhentilagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.


Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam'membantu'saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dansemoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amalkebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.