a

Memakmurkan Masjid dan Jamaah 

TAMAN TUN DR ISMAIL,KUALA LUMPUR

a

a
line decor
 
Hubungi Telefon Pejabat Masjid At-Taqwa : (03-77293710)
line decor

  • JURUNIKAH:
  • Ustaz Ahmad Saufi Mustafa (0139155938)
  • Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor (0132041304)
  • Ustaz Mohd Zaki b. Ab. Manan (0193805095)
  • URUSAN JENAZAH:
  • Ustaz Ahmad Saufi Mustafa (0139155938)
  • Hj Hasbullah Mohd Taib (0127009114)
  • Hj Abu Bakar Abdul Hamid (0123751480)
  • TELEFON PEJABAT:
  • 0377293710

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
PENGERUSI JAWATANKUASA KARIAH MASJID AT-TAQWA

Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,

Saya berasa gembira dan bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman web Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini. Melalui laman web ini, Masjid akan dapat berkongsi maklumat serta aktiviti-aktiviti Masjid kepada Ahli Kariah, warga Malaysia malah kepada seluruh warga dunia.

Misi utama kami adalah untuk menjadikan Masjid sebagai pusat aktiviti ahli-ahli kariah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang merangkumi aktiviti-aktiviti keagamaan, riadah, perkembangan remaja, sosial serta silaturrahim. Pihak JIMAT mengalu-alukan saudara-saudara ahli-ahli Kariah ini untuk bersama-sama memakmurkan masjid kita yang menjadi lambang perpaduan serta keharmonian kita sesama agama untuk mengabdikan diri kita serta ahli keluaga kita kepada Yang Maha Esa.

Dalam usaha kita untuk mengimarahkan Masjid kita ini, selain dari ibadah khusus solat berjemaah lima waktu yang dihidupkan,  pelbagai aktiviti lain dijalankan terutamanya pengajian ilmu agama.  Kelas-kelas kuliah Maghrib diadakan pada setiap malam di samping kuliah subuh pada setiap pagi termasuk hujung minggu sabtu, Ahad dan hari-hari cuti umum.  

Adalah diharapkan agar ahli kariah Taman Tun Dr Ismail dapat sama-sama mengimarahkan Masjid kita ini dengan sama-sama bersolat jemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Dengan wujudnya laman web ini, adalah diharap ia dapat menjadi sebagai salah satu medium untuk kita menyebarkan informasi dengan lebih efektif selain daripada sms telah wujud sekarang.

Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed NorPengerusi
Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa,
Taman Tun Dr Ismail, KUALA LUMPUR