KENAPA KITA MALAS KE MASJID

Tanyakan diri kita – adakah kita terlalu sibuk (untuk urusan dunia) hinggakan pada hari cuti pun kita tak berkesempatan untuk mengunjungi rumah Allah. Tanyakan diri kita – tidakkah boleh kita korbankan sedikit masa kita untuk bersama-sama jemaah lain memakmurkan Surau kita.Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab segala soalan ini.

Apapun kita melihat hanya terdapat satu penyelesaian kepada fenomena "sibuk" yang kita perkatakan "hendak seribu daya". Mulai hari ini marilah kita bermuhasabah memperbaiki diri. Marilah kita melakukan sedikit pengorbanan masa. Marilah kita pergunakan masa yang ada di dunia ini untuk menggandakan sebanyak mungkin pahala kebaikan untuk hari akhirat kita. Insya Allah.

Masjid adalah untuk kita; orang Islam. Semasa di masijid kita akan dapat mengeratkan lagi tali sirahturahim dan berkenal kenalan serta menambahkan lagi sahabat di kawasan kariah Taman Tun Dr Ismail.

Kita akan senang hati apabila datang ke Masjid At Taqwa yang mana para jumaahnya adalah orang yang "freindly" serta baik tambahan pula suasana masjid yang ceria, penceramah yang berkaliber dan menariik.

Kita juga dapat menambahkan, menimba ilmu dan mendapat pahla dari Allah Subahanahuwataala.