-
Kuliah subuh mentafsir Al Quran setiap pagi oleh Ustadz Dr Abdul Hayei Abdul Shukor (drhayei.com)didakan setiap pagi kecuali hari Ahad.Kuliah ini mendapat sambutan yang baik dan dihadiri di antara 200 - 300 jumaah setiap pagi selepas subuh di masjid At Ataqwa.
-
Kepakaran dan tenik pengajaran yang baik telah menarik minta ramai umat Islam di kawasan Tamn Tun Dr Ismail dan sekitarny a Dr Abdul Hayei juga menulis buku bertajuk Tafsir Pedoman Muttaqinyang mengandungi tafsir Al Quran yang lengkap dan amat jelas. Sesaipa yangberminat dan ingin membeli buku ini bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat Dato' Zainuddin Abdul Bahari Tel: 019-3282848 / berhubung terus dengan pegawai masjid.
-
Untuk Melihat dan mendegar kulaih Dr Hayei sila lihat laman web di bawah ini. Sila masukan ayat contoh dalam ruangan CHAPTER : masukan surah: YUNUS dan dalam ruangan VERSES masukan ayat 3. Laman ini masih dalam pembinaan dan tidak semua surah dapat didengari. Untuk mendapatkan video ini sila layari Laman Web www.tafsir-quran.com dan drhayei.com
-
Di bawah ini adalah petikan video kuliah tafsir Al quran oleh Dr Hayei Abdul Shukor yang dirakamkan di masjid Attaqwa Taman tun Tun setipa hari Isnin-sabtu. Usaha yang gigih dan murni ini rakamkan, diedit dibiayai sendiri oleh Haji Abdul Rahaman Yaacob,ahli khariah Masjid Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Usaha beliau yang murni ini memakan masa dan perbelajaan wang yang banyak bagi editing video serta mengendalikan laman web www.tafsir-quran.com
-
Projek ini bukan sahaja dapat memanafaatkan ahli khariah kita bahkan juga seluruh masyarkat Malaysia dapat mendegar dan melihat tafsir quran dari pakar tempatan yang mempunyai tahap ilmu tafsiran Al Quran yang tinggi dan video mudah difahami masyarkat tempatan. Semoga usaha beliau ini dirahmati Allah Subahanahuwataala dan dimurahkan rezeki selalu.
PETIKAN PILIHAN VIDEO DR HAYEI ABDUL SHUKOR
KULIAH PAGI AHAD
Penceramah penceramah popular ialah Al fadhil Dato’ Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Ustaz Ahmad Faizal Abdul Hamid dari universiti Malaya. Pada kebiasaannya terdapat lebih kurang 300-400 orang jumaah yang mengahdiri kuliah pada hari Ahad di masjid At Ataqwa. Kehadiran saudara saudari akan dapat mengeratkan lagi tali sirahtul rahim di kalangan ahli khariah di kawasan Taman tun dr Ismail, Kuala Lumpur.
JADUAL KULIAH MAGRIB
Home |